Sunday, May 15, 2011

Tahniah! Pemenang Kayuhan 1Meru

Acara MTB Kayuhan 1Meru yang berlangsung pada 8 Mei 2011 lalu telah berjalan dengan lancar dari mula hingga ke akhir berkat kerjasama semua pihak termasuklah Jabatan Pelajaran Selangor, Jabatan Pertahanan Awam, Ibu Pejbat Polis Daerah Klang Utara, dan Pejabat Pelajaran Daerah Klang. PIBG Sek Keb Meru merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka.
Tidak ketinggalan juga kepada semua guru, ibu bapa dan murid Sek Keb Meru serta para penaja yang telah memberikan segala kerjasama dan sokongan kepada acara tersebut, kami juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Norliza Ahmad, Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Meru yang telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang kategori Terbuka (lelaki).

Lebih banyak gambar sepanjang Kayuhan 1Meru yang dirakam oleh jurufoto kami, Cikgu Ezzuan boleh dilihat dalam Facebook/Kayuhan1Meru.

Wednesday, May 4, 2011

Majlis Penyerahan Sumbangan Hadiah Tunai Kayuhan 1 Meru


Sumbangan di terima oleh Naib Yang Di Pertua PIBG SK Meru daripada Tuan Hj.Mohd Haither Hussin, Ketua Pegawai Eksekutif - Centrist Solutions

Sunday, April 24, 2011

PETA LALUAN KAYUHAN 1 MERU

Terlebih dahulu kami ingin merakamkan jutaan terima kasih terhadap pencinta MTB yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kami dalam menjayakan acara K1M pada 8 Mei 2011 nanti. Kami sudah membuat persediaan secukupnya untuk menerima kedatangan jumlah peserta yang ramai dan berusaha sedaya upaya semoga dapat meninggalkan kenangan manis yang berkekalan kepada para peserta yang menyertainya. 

Sayugia dimaklumkan bahawa kami, PIBG Sek Keb Meru mula merancang untuk menganjurkan acara ini sejak Disember tahun lepas bagi mengisi dana untuk pembangunan prasarana sekolah. Antara 'projek besar' yang sedang dalam perlaksanaan adalah pembinaan sebuah surau untuk kegunaan murid, guru, ibu bapa dan juga orang awam yang berurusan dengan sekolah. Oleh itu kami amat mengalu-alukan penyertaan, sokongan dan dokongan semua pihak agar usaha murni ini akan tercapai.
   
Oleh kerana acara yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba maka kamipun memuktamadkan laluan/trek yang bakal digunakan pada 8 Mei 2011 nanti. Secara umumnya peserta kategori Terbuka (lelaki) akan menempuh jarak sejauh 35 km meliputi 61% off-road manakala peserta kategori Terbuka (wanita) dan Veteran (lelaki) pula akan menempuh jarak sejauh 27 km meliputi 39% off-road. 

Komitmen kami adalah untuk menyediakan lebih 30 orang marshal dari kalangan ahli Speed Ontell Cycling Team (tidak termasuk anggota Polis Trafik, Jabatan Pertahan Awam dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang dan RELA) dan lebih 130 penanda arah di sepanjang laluan bagi kemudahan para peserta.

Kami juga turut menyediakan petugas paramedik di lokasi-lokasi tertentu yang dijangka boleh berlaku kemalangan terhadap peserta seperti di cerun yang curam dan ‘stand-by’ ambulan di kaki Bukit Ramli.

TREK

1.      Secara amnya, semua kategori peserta akan mula dan tamat di pintu sisi SK Meru di Jalan Rambutan.
2.        Terbuka dan Veteran:  melalui Persiaran Hamzah Alang dengan kawalan polis trafik sehingga ke persimpangan lampu isyarat Pekan Meru. Bermula di Jalan Paip, peserta boleh memecut melalui laluan yang telah ditetapkan sehingga tiba di  Check Point # 1, berhampiran Kem Bina Negara.
3.       Terbuka lelaki sahaja: selepas Check Point # 1, peserta dikehendaki menyeberangi Jalan Kem Bina Negara untuk menyambung ke laluan off-road di Kg Bukit Cerakah menghala ke Check Point # 2 di R&R Bukit Ramli.
4.       Semua (Terbuka dan Veteran): berkayuh ke simpang tiga Jalan Kem Bina Negara – Jalan Meru Tambahan menghala ke UiTM Puncak Alam, masuk ke laluan off-road di Bukit Kerayong  sehingga ke Check Point # 3, melalui Masjid At-Taqwa, Kg Bukit Kapar dan menghala balik ke SK Meru.

Untuk pertanyaan berkenaan laluan bolehlah berhubung dengan kami.

1. Pejabat SK Meru                                   03 3392 3910
2. Shaikhani       Naib Yang Dipertua  016 273 4111
3. Zaman             Setiausaha                   012 652 9556
4. Hussin             Pengarah Teknikal    019 207 4732

Banner K1M di Bukit Ramli

Bagi memeriahkan lagi acara Kayuhan 1Meru yang akan berlangsung tidak lama lagi, penganjur telah memasang banner di beberapa tempat strategik, antaranya di Bukit Ramli.

Untuk makluman semua pencinta MTB, pendaftaran Kayuhan 1Meru dilanjutkan sehingga Sabtu 7 Mei 2011.

Sila berhubung dengan Shaikhani 016 2734 111, Hussin 019 207 4732 atau Zaman 012 652 9556 untuk serah borang.

Bagi yang belum ada Borang Pendaftaran pula bolehlah datang ke pejabat Sek Keb Meru (Tel. No: 03 3392 3910) untuk dapatkannya (percuma).

Saturday, January 29, 2011

Skuter Yang Berani Tempuhi Cabaran


Rakaman gambar-gambar sewaktu ‘recce’ bersama Shahrudin Jaafar, 71 dari Sk Meru ke Bukit Cherakah dan Bukit Kerayong.

Cikgu Kamaruzaman, Cikgu Fuad dan Cikgu Yusri
bersama skuter ‘hebat’ Cikgu Saripudin di R&R Bukit Ramli.





Kalau skuter boleh ‘lepas’ tak kan basikal MTB tak boleh kot!
 

En Shaharudin Jaafar memberikan pandangan sambil didengar dengan khusyuk oleh Hussin Mat Ajim.