Terlebih dahulu kami ingin merakamkan jutaan terima kasih terhadap pencinta MTB yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kami dalam menjayakan acara K1M pada 8 Mei 2011 nanti. Kami sudah membuat persediaan secukupnya untuk menerima kedatangan jumlah peserta yang ramai dan berusaha sedaya upaya semoga dapat meninggalkan kenangan manis yang berkekalan kepada para peserta yang menyertainya.
Sayugia dimaklumkan bahawa kami, PIBG Sek Keb Meru mula merancang untuk menganjurkan acara ini sejak Disember tahun lepas bagi mengisi dana untuk pembangunan prasarana sekolah. Antara 'projek besar' yang sedang dalam perlaksanaan adalah pembinaan sebuah surau untuk kegunaan murid, guru, ibu bapa dan juga orang awam yang berurusan dengan sekolah. Oleh itu kami amat mengalu-alukan penyertaan, sokongan dan dokongan semua pihak agar usaha murni ini akan tercapai.
Oleh kerana acara yang ditunggu-tunggu sudah hampir tiba maka kamipun memuktamadkan laluan/trek yang bakal digunakan pada 8 Mei 2011 nanti. Secara umumnya peserta kategori Terbuka (lelaki) akan menempuh jarak sejauh 35 km meliputi 61% off-road manakala peserta kategori Terbuka (wanita) dan Veteran (lelaki) pula akan menempuh jarak sejauh 27 km meliputi 39% off-road.
Komitmen kami adalah untuk menyediakan lebih 30 orang marshal dari kalangan ahli Speed Ontell Cycling Team (tidak termasuk anggota Polis Trafik, Jabatan Pertahan Awam dan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang dan RELA) dan lebih 130 penanda arah di sepanjang laluan bagi kemudahan para peserta.
Kami juga turut menyediakan petugas paramedik di lokasi-lokasi tertentu yang dijangka boleh berlaku kemalangan terhadap peserta seperti di cerun yang curam dan ‘stand-by’ ambulan di kaki Bukit Ramli.
TREK
1. Secara amnya, semua kategori peserta akan mula dan tamat di pintu sisi SK Meru di Jalan Rambutan.
2. Terbuka dan Veteran: melalui Persiaran Hamzah Alang dengan kawalan polis trafik sehingga ke persimpangan lampu isyarat Pekan Meru. Bermula di Jalan Paip, peserta boleh memecut melalui laluan yang telah ditetapkan sehingga tiba di Check Point # 1, berhampiran Kem Bina Negara.
3. Terbuka lelaki sahaja: selepas Check Point # 1, peserta dikehendaki menyeberangi Jalan Kem Bina Negara untuk menyambung ke laluan off-road di Kg Bukit Cerakah menghala ke Check Point # 2 di R&R Bukit Ramli.
4. Semua (Terbuka dan Veteran): berkayuh ke simpang tiga Jalan Kem Bina Negara – Jalan Meru Tambahan menghala ke UiTM Puncak Alam, masuk ke laluan off-road di Bukit Kerayong sehingga ke Check Point # 3, melalui Masjid At-Taqwa, Kg Bukit Kapar dan menghala balik ke SK Meru.
Untuk pertanyaan berkenaan laluan bolehlah berhubung dengan kami.
1. Pejabat SK Meru 03 3392 3910
2. Shaikhani Naib Yang Dipertua 016 273 4111
3. Zaman Setiausaha 012 652 9556
4. Hussin Pengarah Teknikal 019 207 4732
No comments:
Post a Comment