Saturday, January 29, 2011

Skuter Yang Berani Tempuhi Cabaran


Rakaman gambar-gambar sewaktu ‘recce’ bersama Shahrudin Jaafar, 71 dari Sk Meru ke Bukit Cherakah dan Bukit Kerayong.

Cikgu Kamaruzaman, Cikgu Fuad dan Cikgu Yusri
bersama skuter ‘hebat’ Cikgu Saripudin di R&R Bukit Ramli.





Kalau skuter boleh ‘lepas’ tak kan basikal MTB tak boleh kot!
 

En Shaharudin Jaafar memberikan pandangan sambil didengar dengan khusyuk oleh Hussin Mat Ajim.


Saturday, January 22, 2011

Shahrudin Jaffar turut ‘recce’ Trek

    En Shaharudin Jaafar memberikan pandangan sambil
    didengar dengan khusyuk oleh Hussin Mat Ajim

Mantan pelumba basikal yang pernah mewakili negara sekitar tahun 1960 – 1963 ke temasya sukan Olimpik, Asia dan SEAP, En Shaharudin Jaafar,71 telah meluangkan masa bersama kami pada Khamis, 20 Januari lalu untuk meninjau trek yang bakal digunakan dalam acara MTB Kayuhan 1Meru. Acara ini yang dijadualkan berlangsung pada Ahad 8 Mei 2011 dianjurkan oleh PIBG SK Meru dengan kerjasama Speed Ontell Cycling Team.
Sebagai bekas pelumba berpengalaman beliau telah memberikan beberapa pandangan berguna dalam menentukan laluan yang akan digunakan nanti dapat mencapai piawaian tertentu serta mengutamakan keselamatan para peserta.
Melalui tinjauan yang dibuat kami merumuskan jarak kayuhan acara ini seperti berikut:
1.      Terbuka Lelaki            35 km
2.      Terbuka Wanita          25 km
3.      Pelajar                        10 km


Beliau juga ada mencadangkan supaya diwujudkan satu kategori khusus untuk peserta-peserta berusia 45 tahun ke atas. Alasan beliau supaya kategori ini ditambah menjadi sebahagian daripada Kayuhan 1Meru adalah untuk menambahkan lagi bilangan penyertaan dan mereka ini tidak sepatutnya bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda. Laluan dan jarak kayuhan untuk peserta veteran bolehlah dibuat sama seperti peserta terbuka wanita manakala waktu perlepasannya pula kira-kira 10 minit selepas perlepasan peserta terbuka lelaki, tambah beliau lagi.
Beliau sedia mengusahakan supaya peserta veteran juga mendapat hadiah tunai yang setanding dengan peserta terbuka wanita, jika johan wanita (terbuka) dapat hadiah RM 300 maka johan veteran juga dapat hadiah yang sama dan begitulah seterusnya.  
Pada dasarnya kami menghargai cadangan beliau itu. Berikan kami sedikit masa untuk bermusyawarah sebelum mengumumkan keputusannya nanti.