En Shaharudin Jaafar memberikan pandangan sambil
didengar dengan khusyuk oleh Hussin Mat Ajim
Sebagai bekas pelumba berpengalaman beliau telah memberikan beberapa pandangan berguna dalam menentukan laluan yang akan digunakan nanti dapat mencapai piawaian tertentu serta mengutamakan keselamatan para peserta.
Melalui tinjauan yang dibuat kami merumuskan jarak kayuhan acara ini seperti berikut:
1. Terbuka Lelaki 35 km
2. Terbuka Wanita 25 km
3. Pelajar 10 km
Beliau juga ada mencadangkan supaya diwujudkan satu kategori khusus untuk peserta-peserta berusia 45 tahun ke atas. Alasan beliau supaya kategori ini ditambah menjadi sebahagian daripada Kayuhan 1Meru adalah untuk menambahkan lagi bilangan penyertaan dan mereka ini tidak sepatutnya bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda. Laluan dan jarak kayuhan untuk peserta veteran bolehlah dibuat sama seperti peserta terbuka wanita manakala waktu perlepasannya pula kira-kira 10 minit selepas perlepasan peserta terbuka lelaki, tambah beliau lagi.
Beliau sedia mengusahakan supaya peserta veteran juga mendapat hadiah tunai yang setanding dengan peserta terbuka wanita, jika johan wanita (terbuka) dapat hadiah RM 300 maka johan veteran juga dapat hadiah yang sama dan begitulah seterusnya.
Pada dasarnya kami menghargai cadangan beliau itu. Berikan kami sedikit masa untuk bermusyawarah sebelum mengumumkan keputusannya nanti.
No comments:
Post a Comment