Saturday, January 22, 2011

Shahrudin Jaffar turut ‘recce’ Trek

    En Shaharudin Jaafar memberikan pandangan sambil
    didengar dengan khusyuk oleh Hussin Mat Ajim

Mantan pelumba basikal yang pernah mewakili negara sekitar tahun 1960 – 1963 ke temasya sukan Olimpik, Asia dan SEAP, En Shaharudin Jaafar,71 telah meluangkan masa bersama kami pada Khamis, 20 Januari lalu untuk meninjau trek yang bakal digunakan dalam acara MTB Kayuhan 1Meru. Acara ini yang dijadualkan berlangsung pada Ahad 8 Mei 2011 dianjurkan oleh PIBG SK Meru dengan kerjasama Speed Ontell Cycling Team.
Sebagai bekas pelumba berpengalaman beliau telah memberikan beberapa pandangan berguna dalam menentukan laluan yang akan digunakan nanti dapat mencapai piawaian tertentu serta mengutamakan keselamatan para peserta.
Melalui tinjauan yang dibuat kami merumuskan jarak kayuhan acara ini seperti berikut:
1.      Terbuka Lelaki            35 km
2.      Terbuka Wanita          25 km
3.      Pelajar                        10 km


Beliau juga ada mencadangkan supaya diwujudkan satu kategori khusus untuk peserta-peserta berusia 45 tahun ke atas. Alasan beliau supaya kategori ini ditambah menjadi sebahagian daripada Kayuhan 1Meru adalah untuk menambahkan lagi bilangan penyertaan dan mereka ini tidak sepatutnya bersaing dengan peserta yang jauh lebih muda. Laluan dan jarak kayuhan untuk peserta veteran bolehlah dibuat sama seperti peserta terbuka wanita manakala waktu perlepasannya pula kira-kira 10 minit selepas perlepasan peserta terbuka lelaki, tambah beliau lagi.
Beliau sedia mengusahakan supaya peserta veteran juga mendapat hadiah tunai yang setanding dengan peserta terbuka wanita, jika johan wanita (terbuka) dapat hadiah RM 300 maka johan veteran juga dapat hadiah yang sama dan begitulah seterusnya.  
Pada dasarnya kami menghargai cadangan beliau itu. Berikan kami sedikit masa untuk bermusyawarah sebelum mengumumkan keputusannya nanti.

Thursday, January 20, 2011

Kenali Penduduk Kawasan MERU

Meru merupakan sebuah kawasan separa bandar dalam Daerah Klang yang bersempadan dengan Daerah Petaling (pinggir kawasan pentadbiran MBSA) dan berdekatan dengan Daerah Kuala Selangor. Pertumbuhan perbandaran baharu seperti Setia Alam dan Klang Sentral yang terletak betul-betul di sempadan Meru menjadikan kawasan ini semakin pesat membangun.
Mengikut bancian JKKK pada 2007, penduduk Meru berjumlah 30,000 orang.
Secara geografi, Meru merupakan kawasan yang landai dan berhampiran pantai barat Semenanjung Malaysia. Suatu masa dahulu sebahagian kawasan ini sering dilanda banjir yang berlarutan hingga seminggu terutamanya bila hujan lebat turun di sebelah bukit pada masa air laut pasang tinggi. Fenomena ini terjadi disebabkan kawasan ini berlatarbelakangkan kewasan berbukit seperti Bukit Kapar dan Bukit Cherakah. Namun semenjak projek tebatan banjir siap sekitar 2005, ia tidak pernah alami banjir besar kerana limpahan air hujan daripada bukit-bukit berhampiran akan ditakung sementara di kolam takungan di Kg Budiman terlebih dahulu.
Pusat perniagaan/pekan bagi seluruh kawasan ini yang terletak di Meru membolehkan semua penduduk daripada kawasan-kawasan berhampiran mendapatkan barang keperluan masing-masing. Faktor tersebut menyebabkan kami yang tinggal di kawasan/kampung berlainan saling bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Sesetengah daripada kami pula ada ikatan kekeluargaan yang menjadikan hubungan tersebut lebih akrab. Hubungan antara kaum juga turut berjalan dalam suasana harmoni.
Sesuai dengan keadaan setempat maka sebahagian daripada ahli Speed Ontell Cycling Team, Bukit Kapar merupakan penduduk Meru dimana anak-anak mereka bersekolah di SK Meru. Dalam erti kata lain, ada dikalangan AJK PIBG SK Meru dan ahli Speed Ontell merupakan orang yang sama.
Kawasan berbukit-bukau di Bukit Kapar, Bukit Cherakah dan Bukit Kerayong merupakan ‘home ground’ bagi ahli-ahli Speed Ontell. Pasukan ini merupakan kumpulan yang telah meneroka kawasan Bukit Cherakah hingga menjejakkan kaki di kemuncak tertinggi di kawasan itu, yakni hampir sama tinggi dengan blok-blok bangunan UiTM di Puncak Alam. Oleh kerana kemuncak tersebut belum ada nama maka merekalah yang memberikan nama sebagaimana yang dikenali sekarang sebagai Bukit Ramli. Pasukan ini yang dipimpin oleh bekas-bekas pelumba basikal yang pernah wakili Selangor pada era 1980-an, telah 3 tahun berturut-turut menganjurkan acara MTB, sama ada secara bersendirian mahupun bekerjasama dengan pihak lain, yang mendapat sambutan diluar jangkaan daripada peminat-peminat MTB.

Dalam acara kali ini kami sudah bersedia untuk menerima jumlah peserta yang lebih besar daripada tahun-tahun terdahulu. Dengan kerjasama pelbagai pihak kami mampu menawarkan hadiah-hadiah  yang agak lumayan, dimana johan terbuka lelaki dan wanita masing-masing akan menerima RM 1,000 dan RM 300 tunai. Kami juga sudah sediakan kemeja-T ‘adidas’ dengan 5 pilihan warna untuk peserta-peserta berdaftar.
Semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh anak-anak Meru dalam menjayakan acara ini begitu menggalakkan, antaranya En Lim Teck Chuan (Eng Wah Trading). Kemana juga beliau pergi dan berjumpa dengan sesiapa jua, beliau telah menghebahkan maklumat tentang acara MTB  Kayuhan1Meru ini sama ada secara lisan mahupun melalui Facebook.    
Selain daripada kerjasama oleh beliau, terdapat juga beberapa individu/peniaga lain yang sudah memberikan persetujuan untuk menyumbangkan hadiah-hadiah cabutan bertuah buat peserta terpilih Kayuhan1Meru nanti.
Kami difahamkan oleh pihak sekolah bahawa pada hari tersebut juga, mereka akan menganjurkan karnival. Beberapa orang peniaga yang kami temui sudah memberikan makluman awal bahawa mereka mahu menempah tapak niaga pada hari tersebut.
Dengan kehadiran dan sokongan semua pihak yang sangat dialu-alukan maka kami penuh yakin acara ini akan berlangsung penuh gilang-gemilang.


Monday, January 17, 2011

Meneroka Laluan Kayuhan1Meru

Teck Chuan (engwah.net) & Rakan Rakan menuju R&R Bukit Ramli, salah satu checkpoint yang di cadangkan dalam kayuhan 1 meru, pada Ahad 16/01/2011




Pengumuman Hadiah Tunai

Mesyuarat AJK PIBG pada Sabtu 15/01/2011 mengesahkan:
1. Tarikh acara tersebut pada Ahad 08/05/2011.


2. Hadiah Tunai

Terbuka lelaki:
Johan dapat RM1,000.
Naib Johan RM600.
Ketiga RM400.
Ke-4 hingga ke-10 RM70 seorang.

Terbuka wanita:
Johan dapat RM300.
Naib Johan RM200.
Ketiga RM100.
 Ke-4 hingga ke-10 RM50 seorang.

3.Pendaftaran
Pendaftaran sudah dibuka. Dapatkan borang di www.docstoc.com/docs/69200417/Kayuhan-1-Meru

MAKLUMAT PENTING Kayuhan 1 Meru

Memandangkan terdapat minat yang tinggi dikalangan masyarakat dalam acara berbasikal, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Meru (No. Pendaftaran: SEL: 848), Persiaran Hamzah Alang, 42200 Kapar, Selangor dengan kerjasama Speed Ontell Cycling Club, Bukit Kapar ingin menganjurkan acara berbasikal bukit (MTB) yang dikenali Kayuhan1Meru sebagai medium bagi merapatkan hubungan sekolah ini dengan masyarakat umum sambil menggalakkan mereka mengekalkan kecergasan tanpa mengira usia.
Lebihan daripada perolehan acara ini akan digunakan untuk membina dan memperbaiki prasarana sekolah bagi kegunaan murid dan juga ibu bapa serta pelawat.

Tarikh & Masa      Ahad               8 Mei 2011       8.30 pagi

Mula & Tamat       Jalan Rambutan         (Pintu Sisi SK Meru)

Jarak Laluan       35 km             Terbuka Lelaki
                                          25 km             Veteran Lelaki  & Terbuka Wanita
                                          10 km             Pelajar

Penyertaan dan Bayaran

Berlandaskan gagasan 1Malaysia, acara Kayuhan1Meru ini adalah terbuka untuk semua lelaki dan wanita yang berminat menunggang basikal bukit (MTB) sebagai kegiatan riadah bagi mengekalkan tahap kecergasan jasmani disamping memupuk semangat cintakan keharmonian dalam masyarakat. Penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah juga dialu-alukan agar acara lebih meriah.

Penganjur mengalu-alukan penyertaan penunggang-penunggang MTB semua peringkat umur sama ada sebagai peserta individu mahupun kumpulan/kelab tanpa mengira keturunan, daerah/negeri tempat mastautin mahupun kewarganegaraan asalkan sanggup untuk berkayuh bersama-sama dalam Kayuhan1Meru. Kami juga mengalu-alukan penyertaan penunggang daripada Indonesia, Singapura dan Thailand serta ekspatriat yang bertugas di Malaysia.

Bayaran Penyertaan Kayuhan1Meru adalah seperti berikut:
Terbuka         RM 50.00 (Lelaki & Wanita)
}        Veteran         RM 50.00 (Lelaki 45 tahun ke atas)
}        Pelajar           RM   5.00 (Lelaki & Perempuan, Sekolah Rendah & Menengah)

Borang Penyertaan Kayuhan1Meru boleh diisi secara atas talian (online) di pautan berikut: . www.docstoc.com/docs/69200417/Kayuhan-1-Meru 
Nama peserta yang telah didaftarkan akan diberikan no. pengenalan (no. plat) serta boleh disemak di laman ini.  
Bagi melengkapkan penyertaan, Bayaran hendaklah dibankkan (bank-in) terus dalam akaun:

PIBG Sek Keb Jalan Tap Meru  di RHB BANK No.: 2622 9610 000 227

Urusan perbankan boleh dilakukan di mesin deposit tunai (CDM) yang terdapat di kaunter/cawangan RHB easy di Tesco Setia Alam (berhampiran pintu keluar Tesco di tingkat 1), Pekan Kapar atau mana-mana cawangan RHB Bank dan RHB easy yang berdekatan (RHB Bank Pekan Meru tiada CDM).
Bukti bayaran hendaklah disimpan oleh peserta sebagai rujukan manakala salinannya pula hendaklah dihantar melalui emel kepada kayuhan1meru@gmail.com supaya pihak pengajur dapat membuat pengesahan penerimaan bayaran melalui sms atau emel.

Hadiah, Cenderahati dan Penyegaran


Terbuka
Veteran
Terbuka
Hadiah Tunai dan Medal
Lelaki
Lelaki
Wanita


RM
RM
RM
Johan

1,000
300
300
Naib johan

600
200
200
Ketiga

400
100
100
Ke-4 hingga ke-10
X 7
70
50
50


2,490
950
950
Jumlah Hadiah



4,390





Medal juga akan disediakan untuk peserta yang tiba di garisan penamat Kayuhan1Meru masing-masing pada kedudukan berikut:
Terbuka Lelaki
11 - 100
Veteran Lelaki
11 -   20
Terbuka Wanita
11 -   20
Pelajar*
1 -  100

* Kaedah pembahagian lelaki/perempuan dan sekolah rendah/menengah akan ditentukan oleh guru.


Sehelai kemeja-t ‘adidas’ saiz (terhad)  M, L, XL dengan 5 pilihan warna iaitu hijau, kuning, oren, merah dan hitam akan diberikan kepada semua peserta terbuka lelaki & wanita dan veteran lelaki serta no. plat semasa membuat pengesahan pendaftaran.




Sijil penyertaan akan diberikan sebagai penghargaan kepada yang berjaya tamatkan kayuhan.

Cabutan bertuah juga akan diberikan kepada para peserta. Penganjur akan menghubungi penyumbang-penyumbang yang berpotensi seperti pasaraya, kedai basikal dan lain-lain bagi menyediakan seberapa banyak hadiah yang dapat.
Para peserta juga akan disediakan minuman isotonik di Check Point # 2 & 3, dan nasi ayam bungkus dan air minuman sesudah tamat perlumbaan.

Trek

1.        Secara amnya, semua kategori peserta akan mula dan tamat di pintu sisi SK Meru di Jalan Rambutan.
2.        Terbuka dan Veteran:  melalui jalan raya berturap menuju ke Jalan Paip, rehat di  Check Point # 1, berhampiran Kem Bina Negara.
3.        Terbuka lelaki sahaja: selepas Check Point # 1, melalui laluan off-road di Kg Bukit Cerakah menghala ke Check Point # 2 di R&R Bukit Ramli.
4.        Semua (Terbuka dan Veteran): melalui Check Point # 3 di Bukit Kerayong, melalui Masjid Kg Bukit Kapar dan menghala balik ke SK Meru.

Rupa bentuk mukabumi trek sebagaimana sedia maklum adalah landai di kawasan Kg Meru dan berbukit-bukau sedikit di Kg Bukit Cerakah dan Kg Bukit Kapar. Bagi para penunggang yang sukakan cabaran, dimaklumkan bahawa kebanyakkan laluan Kayuhan1Meru adalah agak lebar dan boleh memotong dengan selesa.




Teknikal

En Shahrudin Jaffar, 71 (mantan pelumba basikal Olimpik negara 1960an) merupakan penasihat Kayuhan1Meru. Melalui pengalamannya beliau telah memberikan beberapa pandangan berguna dalam menentukan laluan yang digunakan mencapai piawaian tertentu serta mengutamakan keselamatan para peserta.

Jawatankuasa Teknikal diketuai oleh En Hussin Mat Ajim dan dianggotai oleh pelumba dan bekas pelumba basikal berpengalaman serta kerjasama daripada Speed Ontell Cycling Team, Bukit Kapar akan menentukan laluan sebenar yang bakal digunakan dalam acara ini dan perletakan penanda arah di sepanjang laluan berkenaan.
Ia juga akan menyelia para peserta supaya sentiasa mengikut peraturan dan laluan yang ditetapkan sehingga mereka tiba di garisan penamat.

Petugas pada hari tersebut juga akan memaklumkan kepada paramedik sekiranya terdapat peserta yang mengalami kekejangan otot mahupun kemalangan kecil.

Keselamatan dan Kecemasan

Penganjur Kayuhan1Meru amat menitikberatkan soal keselamatan peserta dan kelancaran perjalanan acara ini. Kami akan berhubung dengan pihak Polis, MPK dan RELA untuk mengendalikan kawalan trafik supaya perjalanan para peserta semasa melalui jalan raya lebih lancar.

Sekiranya peserta menghadapi kemalangan, penganjur akan menghantarnya ke Pusat Kesihatan Meru untuk mendapatkan rawatan awal. Walaupun pada hari Ahad, pusat tersebut sedia menerima kes kecemasan pada bila-bila masa dan perkhidmatan ambulan juga turut disediakan.

Rakan Strategik

1.      Kedai Basikal PF                                                                                          
Persiaran Hamzah Alang, Pekan Meru, 41050 Klang
2.      Perniagaan Kian Huat                                                                                                 
9374 Jalan Besar, Pekan Meru, 41050 Klang

3.      Sen Aik Trading (www.senaik.com)                                                                                                     
12-1-1 Jalan Setia Prima Q U13/Q, Setia Alam, 40170 Shah Alam

4.      Eng Wah Trading (www.engwah.net)                                                                                   
Batu 1 ½ Jalan Meru, 42000 Klang

Cadangan Aturcara


HARI
MASA
ATURCARA
Jumaat
2.30 - 4.30 petang
Pengesahan Pendaftaran dan Pengambilan No. plat dan kemeja-T



Sabtu
2.30 - 4.30 petang
Pengesahan Pendaftaran dan Pengambilan No. plat dan kemeja-T



Ahad
  7.30 pagi
Pengesahan pendaftaran dan Pengambilan no. plat dan kemeja-T

  8.15 pagi
Ucapan perasmian oleh Tuan YDP PIBG SK Meru

  8.25 pagi
Taklimat teknikal dan keselamatan peserta

  8.30 pagi
Perlepasan peserta

10.00 pagi
Jangkaan peserta pertama sampai ke garisan penamat
Pemberian medal dan sijil kepada peserta yang berjaya

11.30 pagi
Jangkaan peserta terakhir sampai ke garisan penamat

11.30 pagi
Jamuan makan

Peraturan Am

1.Penyertaan bagi acara Kayuhan1Meru terbahagi kepada 3 kategori iaitu:


1.1.      Terbuka - untuk semua lelaki dan wanita, tiada had umur
1.2.      Veteran – lelaki berumur 45 tahun ke atas
1.3.      Pelajar - dihadkan kepada murid sekolah rendah dan menengah. Mereka boleh gunakan basikal biasa sahaja sebab tidak terlibat dengan laluan off-road.
2.         Semua peserta dikehendaki mematuhi semua peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh penganjur dan pegawai yang dilantik oleh penganjur semasa acara berlangsung.
3.         Peserta hendaklah menjaga sepenuhnya keselamatan diri dan harta benda masing-masing. Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan harta benda dan kecederaan keatas peserta sebelum, semasa dan selepas acara itu berlangsung.
4.         Peserta katagori terbuka dan veteran adalah diwajibkan memakai topi keledar pelindung kepala dan pakaian yang bersesuaian semasa menyertai acara ini.
5.         Hanya basikal jenis MTB dengan speksifikasi bersesuaian untuk kegunaan “offroad” sahaja dibenarkan menyertai acara itu dalam kategori terbuka dan veteran.
6.         Peserta hendaklah memastikan segala peralatan basikal yang perlu dibawa dan pelindung keselamatan yang akan digunakan semasa acara tersebut telah diperiksa terlebih dahulu dan memastikan ia berada dalam keadaan baik semasa berkayuh nanti.
7.         Peserta perlu memahami dan menyedari bahawa tahap kesukaran trek yang di sediakan untuk acara ini dalam katagori terbuka dan veteran adalah mencabar dan memerlukan daya ketahanan fizikal dan mental serta kemahiran teknikal untuk melepasi sesuatu laluan.
8.         Penganjur diberikan hak untuk membuat apa-apa perubahan yang sesuai dengan keadaan semasa terhadap acara ini, jika perlu.